YURAN DAN BAYARAN TERTUNGGAK


1. Bagi menjayakan majlis ini, pihak penganjur majlis konvokesyen telah menetapkan kadar bayaran sebanyak RM350.00 sebagai yuran yang perlu dijelaskan sebelum menghadiri Majlis Konvokesyen.

2. Hanya graduan yang telah menjelaskan yuran pengajian dan lain-lain bayaran sepenuhnya dibenarkan mengambil skrol dan transkrip.  Graduan yang masih mempunyai tunggakan yuran dan lain-lain bayaran hendaklah menjelaskannya sebelum dibenarkan untuk mengambil skrol dan transkrip.

3. Bayaran Yuran Majlis Konvokesyen perlu dibuat secara dalam talian dengan melayari laman web konvokesyen dan memilih pautan Sistem Pengesahan Kehadiran Graduan

4. Sebarang persoalan berkaitan proses bayaran, sila email kepada finance_konvo@gapps.kptm.edu.my dengan SEGERA. Nyatakan nama, no kad pengenalan dan nombor telefon graduan di dalam email tersebut.

5. Hanya graduan yang telah menjelaskan yuran sepenuhnya (Yuran Pengajian dan lain-lain bayaran serta Yuran Majlis Konvokesyen) akan dibenarkan membuat pengesahan kehadiran dan menghadiri majlis konvokesyen ini.
Tarikh akhir pembayaran yuran konvokesyen adalah pada 28 Oktober 2022.

6. Bayaran tunggakan yuran dan lain-lain bayaran perlu dibuat secara atas talian dengan melayari: https://epay.kptm.edu.my

7. Login ke sistem KUPTM dan daftar masuk (sign-in) menggunakan email rasmi kolej. Sila masukkan jumlah yang ingin dibayar pada ruangan Tuition Fees. Pastikan rujukan/maklumat bayaran disimpan untuk semakan.

8. Sebarang pertanyaan berkaitan tunggakan yuran dan lain-lain bayaran perlu merujuk Bahagian Kewangan KUPTM seperti jadual berikut:

Contact

URUS SETIA KONVOKESYEN KUPTM,

KOLEJ UNIVERSITI POLY-TECH MARA,
Jalan 6/91, Taman Shamelin Perkasa,
56100 Cheras, Kuala Lumpur
No. Telefon: +603 9206 9700 

urusetia_konvo@kuptm.edu.my

Follow Us On