SEBELUM KONVOKESYEN
SEBELUM MAJLIS KONVOKESYEN
Hanya graduan yang telah menjelaskan yuran sepenuhnya dibenarkan mengambil skrol dan transkrip. Graduan yang masih mempunyai tunggakan yuran dan lain-lain bayaran hendaklah menjelaskannya sebelum dibenarkan untuk mengambil skrol dan transkrip.
MAKLUMAT LANJUT
Bagi pelajar yang menjalani Latihan Industri/Praktikum Sesi April 2022 (0422), tarikh pengesahan konvokesyen adalah seperti berikut:
Tarikh pengesahan BERMULA : 29 September 2022 hingga 28 Oktober 2022
Program :
AA102 / AA103 / AB201 / AB202 / AC201 / BE101 / BE201 / BK101 / BK201 / CC101 /
CM201 / CT203 / CT204 / CT205*
Nota:
CT205* - Kod Kursus INT401
Tarikh pengesahan BERMULA : 17 Oktober 2022 hingga 28 Oktober 2022
Program :
AA201 / BE301 / BE203 / BE202 / CT205 **
Nota:
CT205** - Kod Kursus INT40110
2. Pengesahan yang dibuat selepas 28 Oktober 2022 TIDAK AKAN DITERIMA.
3. Graduan diminta untuk memuatnaik gambar ke dalam laman web konvokesyen dengan merujuk kepada lampiran yang disertakan sekiranya belum berbuat demikian.
4. Kad RFID Graduan akan diserahkan kepada graduan semasa hari pengambilan jubah dan hari raptai konvokesyen di Kaunter Serahan Kad RFID Graduan. Graduan tidak akan dibenarkan untuk memasuki dewan konvokesyen tanpa kad ini.
MAKLUMAT LANJUT
- Jubah konvokesyen berwarna hitam
- Topi (mortar board/ beefeater)
- Hood (Warna mengikut fakulti)
- Selempang (Bagi Penerima Anugerah Cemerlang sahaja)
- Pelitup muka (Face Mask)
3. Graduan TIDAK DIBENARKAN mengubahsuai jubah yang disewa.
4. Graduan adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap jubah yang disewa. Oleh itu graduan dinasihatkan supaya membawa bersama jubah pada hari konvokesyen.
5. Graduan perlu membuktikan pengesahan kehadiran telah diselesaikan sebelum mengambil jubah dengan menunjukkan Slip Pengesahan Kehadiran Graduan ke majlis konvokesyen seperti di bawah:
- Pengambilan Jubah Konvokesyen Sesi 1 [1 November 2022 & 2 November 2022]
Tempat: Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur (KUPTM)
- Pengambilan Jubah Konvokesyen Sesi 2 [4 November 2022]
Tempat: Dewan Perdana, Putrajaya International Convention Centre (PICC)
7. Graduan diminta untuk mengisi dan melengkapkan borang/ resit penyewaan jubah dan menyerahkan borang/ resit tersebut pada hari yang sama. Setiap graduan adalah dinasihatkan supaya menyimpan dan menjaga dengan baik salinan borang/resit tersebut sebagai tanda bukti penyewaan jubah.
8. Graduan adalah dibenarkan mengambil jubah konvokesyen bagi pihak graduan yang lain tetapi bilangannya dihadkan tidak melebihi seorang graduan sahaja dengan syarat semua bayaran dan dokumen yang diperlukan telah dilengkapkan oleh graduan yang berkenaan.
9. Graduan juga diingatkan supaya mengisi Borang Semakan Proses Pengambilan Jubah Konvokesyen yang disertakan dan diserahkan semasa hari pengambilan jubah.
Tempat : Dewan Plenari, Putrajaya International Convention Centre (PICC)
Masa : 2.30 petang
2. Semua graduan yang akan hadir ke Majlis Konvokesyen DIWAJIBKAN menghadiri raptai supaya dapat memahami perjalanan aturcara pada hari majlis rasmi.
Majlis Konvokesyen KUPTM Ke-6
Majlis akan berlangsung di Dewan Plenari, Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 5 November 2022 (Sabtu).
Sidang 1 : 8.00 pagi – 12.30 tengahari
Sidang 2 : 2.00 petang – 5.30 petang