COKMAR

KUDUP BUNGA RAYA SERTA GLOBE
Tiga kudup bunga raya yang hendak berkembang serta globe melambangkan anak bangsa yang bakal menerajui bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan serta melahirkan modal insan global dan berintegriti.

REKABENTUK
Rekabentuk cokmar ini diilhamkan dari rekabentuk gasing yang merupakan salah satu permainan Melayu tradisional. Gasing memberi perlambangan kepada kestabilan yang terhasil dari ketepatan pembuatannya oleh tukang mahir, sepertimana juga KUPTM membina modal insan yang kukuh hasil dari ketinggian profesionalisma warga kerjanya.

PERMATA DELIMA
Permata delima melambangkan kepimpinan, semangat juang yang tinggi serta kestabilan.

LIMA BILAH KERIS
Lima bilah keris menunjukkan lambang raja-raja Melayu serta memegang teguh lima prinsip Rukun Negara.

TIGA RUAS
Tiga ruas pada batang cokmar melambangkan Berilmu, Berdisiplin dan Berintegriti.

BUAH GELUGOR
Buah gelugor mempunyai 14 jalur yang ditempatkan di hujung Cokmar melambangkan negeri-negeri di Malaysia yang melahirkan modal insan berwawasan yang bakal meneruskan kejayaan negara.