Senarai Semak Tarikh-tarikh Penting
Mulai Februari 2023
Kaji Selidik Kajian Pengesanan Graduan (SKPG)
Graduan WAJIB memuatnaik Slip Kajian Pengesanan graduan KPT (screenshot/ print screen) sebagai bukti telah menyelesaikan kajian tersebut
http://great.mohe.gov.my
Mulai Februari 2023
03 Oktober 2023
Tarikh Bermula Pengesahan Graduan secara online
http://graduan.kptm.edu.my
30 November 2023
Tarikh Akhir Pengesahan Graduan secara online
30 November 2023
Sebelum atau pada 27 November 2023
Menjelaskan tunggakan yuran.
Bayaran tunggakan yuran dan lain-lain bayaran perlu dibuat secara atas talian dengan melayari:
Sehari sebelum Sidang Graduan
Pengambilan Jubah Konvokesyen
Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang
Tempat: WTC, Kuala Lumpur
Sehari sebelum Sidang Graduan
15 Disember 2023
Raptai Majlis Konvokesyen Pertama UPTM & KPTM Ke-39
1. Upacara Raptai untuk majlis ini akan diadakan seperti berikut:
Masa: 2.30 petang – 4.00 petang
Tempat: Dewan Merdeka, World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur
2. Semua graduan yang akan hadir ke Majlis Konvokesyen DIWAJIBKAN menghadiri raptai supaya dapat memahami perjalanan aturcara pada hari majlis rasmi.
3. Pakaian semasa raptai hendaklah kemas dan sopan serta bersesuaian dengan majlis. Graduan lelaki hendaklah berambut pendek.
16 & 17 Disember 2023 (SABTU & AHAD)
Majlis Konvokesyen Pertama UPTM
Majlis akan berlangsung di Dewan Merdeka, World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur.
16 DISEMBER 2023 (SABTU)
Sidang 1 : 8.00 pagi – 12.30 tengahari
Sidang 2 : 2.00 petang – 5.30 petang
17 DISEMBER 2023 (AHAD)
Sidang 3 : 8.00 pagi – 12.30 tengahari
Sidang 4 : 2.00 petang – 5.30 petang
16 & 17 Disember 2023 (SABTU & AHAD)
Berdasarkan Sidang Graduan
Pengambilan Skrol dan Transkrip.
Semua graduan hendaklah mengambil skrol dan transkrip masing-masing SELEPAS sidang konvokesyen tamat pada hari yang sama di Dewan Kedah dan Johor.
Kaunter pengambilan skrol dan transkrip dibuka sehingga jam 6.00 petang.
Skrol dan transkrip hanya akan diserahkan kepada graduan yang TIDAK MEMPUNYAI hutang dengan universiti (data hutang adalah setakat tarikh semakan sebelum majlis) serta telah menjawab kaji selidik Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT).
*Graduan diberi masa selama sejam selepas sidang saudara/i tamat untuk mendapatkan skrol.