SEMASA KONVOKESYEN
TERTIB DI DALAM DEWAN
Graduan akan diiringi oleh pepandu ke tempat duduk masing-masing di dalam dewan semasa perarakan masuk. Oleh itu para graduan diminta duduk di tempat masing-masing dengan tertib dan jubah konvokesyen hendaklah dipakai dengan sempurna sepanjang majlis.
Graduan juga tidak dibenarkan keluar dari dewan semasa majlis berlangsung.
Graduan juga tidak dibenarkan keluar dari dewan semasa majlis berlangsung.
PANDUAN IBU BAPA/ TETAMU
Pas Masuk Ibu Bapa/ Tetamu Ke Majlis Konvokesyen
Pas Masuk akan diserahkan kepada graduan semasa hari pengambilan jubah. Setiap graduan akan menerima satu pas masuk. Untuk pas masuk graduan dibenarkan membawa dua (2) orang ibu bapa/ tetamu sahaja. Pas yang hilang tidak akan diganti.
Pas masuk hendaklah dibawa bersama semasa menghadiri majlis konvokesyen dan disimpan oleh ibu bapa/ tetamu graduan untuk digunakan ketika memasuki dewan. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Graduan dan ibu bapa/ tetamu juga dilarang mengambil gambar semasa majlis berlangsung.
Tempat Letak Kenderaan Graduan, Ibu Bapa dan Tetamu Graduan
World Trade Centre (WTC KL) mempunyai tempat letak kereta di WTC KL dan di kawasan sekitar, termasuk di Sunway Putra Mall dan Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur. Kadar parkir akan dikenakan mengikut kadar yang ditetapkan oleh tempat berkenaan.
Pakaian Ibu bapa/ Tetamu Graduan
1. Pakaian Tetamu Lelaki
Pakaian rasmi/ batik/ kebangsaan, lengkap dan sopan.
ATAU “Lounge Suit” lengkap bertali leher.
SELUAR JEANS DAN KEMEJA-T TANPA KOLAR TIDAK DIBENARKAN
SELUAR JEANS DAN KEMEJA-T TANPA KOLAR TIDAK DIBENARKAN
2. Pakaian Tetamu Perempuan
Pakaian rasmi, pakaian pejabat atau kebangsaan yang lengkap dan sopan.
PAKAIAN “GAUN” ATAU “SKIRT”, “BLOUSE” TANPA LENGAN, KEMEJA-T DAN SELUAR JEANS TIDAK DIBENARKAN
NOTA PENTING:
NOTA PENTING:
IBU BAPA/ TETAMU GRADUAN ADALAH DIMINTA UNTUK MEMATUHI PANDUAN BERPAKAIAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI MELANCARKAN URUSAN MASUK KE DEWAN KONVOKESYEN
Makanan/ Minuman Ibu bapa/ Tetamu Graduan
Pihak Jawatankuasa Majlis Konvokesyen TIDAK menyediakan jamuan makan/ minum untuk para graduan dan ibu bapa/ tetamu. Makanan dan minuman TIDAK DIBENARKAN dibawa masuk ke dewan konvokesyen.
Walau bagaimanapun, pihak WTC KL ada menyediakan kemudahan kafeteria untuk para graduan dan ibu bapa/ tetamu.
Walau bagaimanapun, pihak WTC KL ada menyediakan kemudahan kafeteria untuk para graduan dan ibu bapa/ tetamu.
KOD PAKAIAN GRADUAN
Para graduan diminta mematuhi peraturan pakaian semasa menghadiri Majlis Konvokesyen.
Pakaian Graduan Lelaki
1. Baju Melayu berwarna Hitam lengkap bersamping tenun/ songket hitam
ATAU
Blazer Hitam lengkap berkemeja lengan panjang, seluar (Hitam) dan bertali leher berwarna Merah.
2. Berkasut kulit hitam yang bertumit (dress shoes), dan berstoking warna gelap; dan rambut didandan rapi dan tidak panjang melebihi paras bawah telinga.
2. Berkasut kulit hitam yang bertumit (dress shoes), dan berstoking warna gelap; dan rambut didandan rapi dan tidak panjang melebihi paras bawah telinga.
Pakaian Graduan Perempuan
1. Graduan Muslim berbaju Kurung atau Kebaya Labuh dengan kain TANPA BELAH. WAJIB MEMAKAI TUDUNG POLOS (TIDAK BERCORAK ATAU BERBUNGA).
2. Graduan bukan Muslim berbaju kemeja (blouse) berlengan panjang dan berseluar (Hitam) atau long dress atau skirt labuh di bawah paras lutut TANPA BELAH.
3. Kasut jenis tertutup (pump shoes) warna hitam dan bertumit tidak melebihi satu setengah inci. Selipar atau sandal atau lain-lain bentuk yang menampakkan jari kaki adalah tidak dibenarkan.
4. Graduan hendaklah memakai warna tudung mengikut ketetapan.
PENTING
PERATURAN BERPAKAIAN HENDAKLAH DIPATUHI SEBAGAIMANA YANG TELAH DITETAPKAN. GRADUAN YANG TIDAK MEMATUHI KOD PAKAIAN INI ADALAH TIDAK DIBENARKAN UNTUK TURUT SERTA DALAM MAJLIS INI.
PERATURAN BERPAKAIAN HENDAKLAH DIPATUHI SEBAGAIMANA YANG TELAH DITETAPKAN. GRADUAN YANG TIDAK MEMATUHI KOD PAKAIAN INI ADALAH TIDAK DIBENARKAN UNTUK TURUT SERTA DALAM MAJLIS INI.
FAKULTI PERNIAGAAN, PERAKAUNAN & SAINS SOSIAL
AA102 - Diploma in Accounting and Finance
AA103 - Diploma of Accountancy
BK101 - Diploma in Corporate Communication
AA201 - Bachelor of Accountancy (Honours)
AB201 - Bachelor of Business Administration (Honours) Human Resource Management
BK201 - Bachelor of Communication (Hons) in Corporate Communication
AB202 - Bachelor of Business Administration (Honours)
AC201 - Bachelor of Corporate Administration (Honours)
FAKULTI PENDIDIKAN, KEMANUSIAAN & SASTERA
BE101 - Diploma in Teaching English as a Second Language (TESL)
BE201 - Bachelor of Arts (Honours) in Applied English Language Studies
BE202 - Bachelor of Early Childhood Education (Honours)
BE203 - Bachelor of Education (Honours) in Teaching English as a Second Language
FAKULTI PENGKOMPUTERAN & MULTIMEDIA
CC101 - Diploma in Computer Science
CC101 - Diploma in Computer Science
CM201 - Bachelor of Arts in 3D Animation and Digital Media (Honours)
CT203 - Bachelor of Information Technology (Honours) in Business Computing
CT204 - Bachelor of Information Technology (Honours) in Computer Application Development
CT205 - Bachelor of Information Technology (Hons) in Information Security
CT206 - Bachelor of Information Technology (Honours) in Cyber Security
CT206 - Bachelor of Information Technology (Honours) in Cyber Security
INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH
BE301 - Postgraduate Diploma in Education
AB301 - Master of Business Administration
AB302 - Master of Business Administration (Corporate Administration and Governance)
CT301 - Master of Science in Information System
AB401 - Doctor of Philosophy (Business Administration)
INSTITUT PENGAJIAN PROFESIONAL
AA111 - Certified Accounting Technician
AA211 - Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)
PEMAKAIAN JUBAH GRADUAN
Tip Pemakaian Jubah Konvokesyen
Jubah konvokesyen hendaklah dipakai dengan kemas dan tertib seperti berikut:
-
Hood terletak di atas paras bahu kedua-dua bahu
-
Topi (mortar board/ beefeater) dipakai dengan membiarkan rumbai (tassel) tergantung di hadapan sebelah kiri.
-
Pemakaian selempang adalah seperti berikut: