SEBELUM KONVOKESYEN
SEBELUM MAJLIS KONVOKESYEN
PENGESANAN GRADUAN
Kajian Pengesanan Graduan merupakan kajian tahunan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi mengetahui status pekerjaan setelah tamat pengajian. MAKLUMAT LANJUT
YURAN TERTUNGGAK
Bagi menjayakan majlis ini, pihak penganjur majlis konvokesyen telah menetapkan kadar bayaran sebanyak RM350.00 sebagai yuran yang perlu dijelaskan sebelum menghadiri Majlis Konvokesyen.
Hanya graduan yang telah menjelaskan yuran sepenuhnya dibenarkan mengambil skrol dan transkrip. Graduan yang masih mempunyai tunggakan yuran dan lain-lain bayaran hendaklah menjelaskannya sebelum dibenarkan untuk mengambil skrol dan transkrip.
MAKLUMAT LANJUT

PENGESAHAN KEHADIRAN GRADUAN
1. Setiap graduan yang telah menerima undangan WAJIB membuat pengesahan kehadiran bermula 03 Oktober 2023 sehingga 30 November 2023 melalui sistem pengesahan kehadiran secara online.
4. Kad RFID Graduan akan diserahkan kepada graduan semasa hari pengambilan jubah dan hari raptai konvokesyen di Kaunter Serahan Kad RFID Graduan. Graduan tidak akan dibenarkan untuk memasuki dewan konvokesyen tanpa kad ini.
MAKLUMAT LANJUT
2. Pengesahan yang dibuat selepas 30 November 2023 TIDAK AKAN DITERIMA.
3. Graduan diminta untuk memuatnaik gambar ke dalam laman web konvokesyen dengan merujuk kepada lampiran yang disertakan sekiranya belum berbuat demikian.4. Kad RFID Graduan akan diserahkan kepada graduan semasa hari pengambilan jubah dan hari raptai konvokesyen di Kaunter Serahan Kad RFID Graduan. Graduan tidak akan dibenarkan untuk memasuki dewan konvokesyen tanpa kad ini.
MAKLUMAT LANJUT
PENGAMBILAN JUBAH
1. Set jubah konvokesyen yang lengkap mengandungi:
- Jubah konvokesyen berwarna hitam
- Topi (mortar board/ beefeater)
- Hood (Warna mengikut fakulti)
- Selempang (Bagi Penerima Anugerah Cemerlang sahaja)
- Pelitup muka (Face Mask)
3. Graduan TIDAK DIBENARKAN mengubahsuai jubah yang disewa.
4. Graduan adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap jubah yang disewa. Oleh itu graduan dinasihatkan supaya membawa bersama jubah pada hari konvokesyen.
5. Graduan perlu membuktikan pengesahan kehadiran telah diselesaikan sebelum mengambil jubah dengan menunjukkan Slip Pengesahan Kehadiran Graduan ke majlis konvokesyen seperti di bawah:
- Pengambilan Jubah Konvokesyen
Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang
Lokasi: Dewan Tun Hussein Onn, Aras 2, WTC, Kuala Lumpur
Lokasi: Dewan Tun Hussein Onn, Aras 2, WTC, Kuala Lumpur
- Pemulangan Jubah Konvokesyen
Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang
Lokasi: Dewan Kelantan, Aras 2, WTC, Kuala Lumpur
Lokasi: Dewan Kelantan, Aras 2, WTC, Kuala Lumpur
6. Tiada sesi pengambilan jubah dijalankan selepas tarikh/ masa seperti di atas.
7. Graduan diminta untuk mengisi dan melengkapkan borang/ resit penyewaan jubah dan menyerahkan borang/ resit tersebut pada hari yang sama. Setiap graduan adalah dinasihatkan supaya menyimpan dan menjaga dengan baik salinan borang/resit tersebut sebagai tanda bukti penyewaan jubah.
8. Graduan adalah dibenarkan mengambil jubah konvokesyen bagi pihak graduan yang lain tetapi bilangannya dihadkan tidak melebihi seorang graduan sahaja dengan syarat semua bayaran dan dokumen yang diperlukan telah dilengkapkan oleh graduan yang berkenaan.
9. Graduan juga diingatkan supaya mengisi Borang Semakan Proses Pengambilan Jubah Konvokesyen yang disertakan dan diserahkan semasa hari pengambilan jubah.

PAS MASUK IBU BAPA/ TETAMU KE MAJLIS KONVOKESYEN
Pas Masuk akan diserahkan kepada graduan semasa hari pengambilan jubah. Setiap graduan akan menerima satu pas masuk. Untuk pas masuk graduan dibenarkan membawa dua (2) orang ibu bapa/ tetamu sahaja. Pas yang hilang tidak akan diganti.
Pas masuk hendaklah dibawa bersama semasa menghadiri majlis konvokesyen dan disimpan oleh ibu bapa/ tetamu graduan untuk digunakan ketika memasuki dewan. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Graduan dan ibu bapa/ tetamu juga dilarang mengambil gambar semasa majlis berlangsung.
UPACARA RAPTAI
1. Upacara Raptai untuk majlis ini akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 15 Disember 2023 (Jumaat)
Tempat : Dewan Merdeka, World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur
Masa : 2.30 petang
2. Semua graduan yang akan hadir ke Majlis Konvokesyen DIWAJIBKAN menghadiri raptai supaya dapat memahami perjalanan aturcara pada hari majlis rasmi.

3. Pakaian semasa raptai hendaklah kemas dan sopan serta bersesuaian dengan majlis. Graduan lelaki hendaklah berambut pendek.
SIDANG GRADUAN
Majlis Konvokesyen Pertama UPTM
Majlis akan berlangsung di Dewan Merdeka, World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur pada 16 & 17 Disember 2022 (Sabtu & Ahad).
16 DISEMBER 2023 (SABTU)
Sidang 1 : 8.00 pagi – 12.30 tengahari
Sidang 2 : 2.00 petang – 5.30 petang
17 DISEMBER 2023 (AHAD)
Sidang 3 : 8.00 pagi – 12.30 tengahari
Sidang 4 : 2.00 petang – 5.30 petang